TIPS n TRICK


Tadi pagi ada Motivasi Menuju Kejayaan . Memang best lah Motivasi itu . Terima Kasih Cikgu Roslina sebab buatkan Motivasi tersebut . Kami semua murid mesti hargai apa yang diberi oleh cikgu dan pihak sekolah . Inshallah kami akan mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang . Walau bagaimanapun , kami telah dapat Tips-Tips Menuju Kejayaan yang diberi oleh Penceramah . 

Antara kunci-kunci KEJAYAAN :

1. Mengenali Diri Sendiri : bermakna kita perlu kenal diri kita sendiri sebelum ini melakukan sesuatu kerja .
2. Membentuk Kejayaan : bermakna kita perlu tahu apa yang kita inginkan untuk BERJAYA .
3. Mengekang Halangan Kejayaan : bermakna jangan kita merasakan yang pelbagai halangan akan kita hadapi nanti tidak akan dapat membantu kita untuk BERJAYA .
4. Pengurusan Masa : bermakna kita mesti pandai menggunakan masa . Kerana masa itu penting untuk kita menuju KEJAYAAN .
5. Teknik Belajar : bermakna kita mesti ada teknik untuk belajar . Antara contohnya ialah pandai mengambil kesempatan untuk belajar biarlah dimana sekalipun .
6. Kemahiran Belajar : bermakna kita mesti mahir dalam pelbagai aspek BELAJAR . Antara aspek belajar ialah KEMAHIRAN MENDENGAR . KEMAHIRAN MENCATAT . KEMAHIRAN MENULIS . KEMAHIRAN MEMBACA dan lain-lain .
7. Kemahiran Menghadapi Peperiksaan : bermakna kita mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang penting contohnya SPM !
8. Proaktif : bermakna kita harus bersikap proaktif dalam apa jenis bidang sekalipun /
9. Just Do It : bermakna kita cuba buat dan jangan mudah putus asa dengan mudah sekali . 
10. Kepercayaan : bermakna kita mesti percaya yang kejayaan akan datang apabila kita mengingatiNYA(ALLAH) dan berusaha sedaya upaya .

KAMI AKAN CUBA BUAT !