Saturday, 16 July 2011

True Love

Tolong sampaikan pada Si Dia .

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya .

Tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNYA .
Tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa .
Tolong nasihati si dia , jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa .
Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa .
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakna IBU BAPANYA .
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ALLAH kerana disitu ada Syurga .
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu ada SYURGANYA .
Tolong ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan RUPA .
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan HARTA .
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya .
Tolong tegur si dia , bila dia mula mengagungkan cinta manusia .
Tolong tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan-2nya .
Tolong tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya .
Tolong sedarkan si dia , aku milik yang MAHA ESA .
Tolong sedarkan si dia , aku masih milik KELUARGA .
Tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya .
Tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta kala cita-2 belum terlaksana .
Tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan CINTA .
Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya .
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya .
Tolong pesan padanya , aku tak mahu jadi punca kegagalannya .
Tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya .
Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia .
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-2nya .
Tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku .
Tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga .
Tolong sampaikan pada si dia , CINTA kerana ALLAH tidak ternilai harganya .
Tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa .

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri .. Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia . Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siap dan dimana si dia . Moga dia sekuntum bunga yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dan terjaga larangan dengan sopan santunnya dan bertemu dengan kumbang yang terjaga oleh tuannya .

p/s : simpanlah pesanan ini sehingga kita ke jinjang pelamin <3
wadiebit
01.01.2011
12.15am
Friday

No comments:

Post a Comment