Malam itu cuaca begitu nyaman sekali . Aku dan isteriku bersama duduk diluar beranda rumah sambil memandang keindahan ciptaan-NYA . Tiba-2 isteriku bertanya "Abang masih ingatkah lagi diwaktu perkenalan kita dahulu ? Kita bertemu di panggung wayangg" maka jawabku "Ya , abang masih ingat lagi" abang masih ingat tak tajuk cerita itu , soal isteriku lagi . ya abang masih ingat , filem ROMEO and JULIET ya sayangg . betul abangg . saya harap cintakan berkesudahan begitu ya abangg . saya nak sehidup semati dengan abang . balas isteriku . aku hanya terdiam seketika , seraya itu isteriku berkata kenapa abang diam membisu? dan aku terus bagi jawapanku , sebenarnya abang tidak mahu sehidup semati dengan sayangg . :( setelah mendengar jawapan dariku , kulihat raut wajahnya berubah . kulihat dipipinya sudah mengalir airmat . ternyata jawapan yang kuberi telah mengursi hati dan perasaanya . isteriku berkata " kenapa abang tidak mahu sehidup semati dengan sayangg ?" ternyata isteriku inginkan penjelasan dan pada ketika itu kedengaran azan menandakan waktu solat isyak sudah hampir . dan lantasku berkata kepada isteriku , sudahlah sayang mari kita menunaikan solat dahulu , tidak elok kita melengahkannya .ternyata isteriku kecewa dengan jawapan kuberi . Keesokkan harinya selepas kejadian malam semalam , hubungan kami menjadi dingin . isteriku hanya bercakap apabila diperlukan sahaja . aku tahu perubahan yang telah berlaku keatas isteriku . kulihat ia selalu bersendirian dan termenungg , ternyata ianya disebabkan jawapan yang kuberi semalam . selepas waktu makan malam , ku mengajak isteriku keluar beranda . pada mulanya dia keberatan hendak mengikuti . tapi setelah ku ceritakan ada hal yang penting perlu diselesaikan antara kami . sesampainya diberanda , terus ku bertanya "sayang marahkan abang kerana jawapan yang abang berikan tempoh hari?" isteriku hanya terdiam sahaja sambil menunduk wajahnya kebawah . dan terus berkata lagi , memang abang tidak mahu sehidup semati dengan sayangg kerana ... belum sempat ku menghabiskan kata-2 kulihat isteri ingin meninggalkanku . lantas ku capai tangannya , dan dapat kulihat airmata mengalir dipipinya . ku peluk dia dengan penuh kasih sayang laluku berkata dengar penjelasan abang dahulu sayangg . memang abang tidak mahu sehidup semati dengan sayangg , tapi .. abang mahu hidup dengan sayangg sampai ke syurgaNYA . hanya itu yang abang mahu . abang tidak mahu cinta kita sehingga terhenti nafas kita sahaja . tapi abang harapkan cinta kita kekal selamanya disyurgaNYA . lantasku melepaskan pelukan ku dan terus ku mengucup dahi isteri ku lalu mengatakan " SAYANG ADALAH ISTERI ABANG DIDUNIA INI DAN BIDADARI ABANG DISYURGANYA NANTI " terus isteriku memelukku kembali . isteriku menangis KESYUKURAN , baginya kasih sayanggku terhadapnya sungguh tidak dapat diucap dengan kata-2 dan bagiku dialah isteriku didunia dan akhirat kelak . INSHAALLAH :)
p/s : aku nakkan cinta kita macam ini lah ain . aku nak kau anggap aku betul-2 macam ini okeyy . aku takkan cakap BREAK dengan kau lagi . aku janji !!
written by : AHMAD WADI

No comments:
Post a Comment